« December 2005 | Main

February 23, 2006

**Petua RumahTangga Bahagia

Words4ever_wallpaper_58 BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA, CETAK HALAMAN INI DAN LEKATKAN DI DINDING BILIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI.

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

February 21, 2006

Tipah tertipu!

**Hanya SebuahJenaka .

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiution kena naik bas. Leceh betul,
dah la ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So
dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus
stop berhampiran. Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,

Tipah sorang ajer. Takut gak tau!

Tunggu punyer tunggu dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang
bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer
lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat
sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak
berenti la pulak. Tipah tak kira terus jer Tipah lompat naik ke dalam
bas tu.

Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi
blakang sekali. Lepas dah duduk tu laaa baru Tipah perasan yang bas
tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak.
Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah
rasa seram sejuk ler! peluh jantan mula memercik dan nyawa rasa nak
melayang. Seram sungguh rasanya.

Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas
kuat menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa
oleh Han?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah?Aarrrghhh ! ! !
Seramnye, ngerinye, takutnye, kejamnye !

"Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh!

Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh!
Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa?rosak
enjin dia. Patut la slow aje!patut pun tak der drebarnya! patut sangat
laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

()""()
( 'o' )
==(,,)=(,,)==
( . )(,,,)-(,,,)

February 10, 2006

10 Muharram (ALYAUMUL-'ASHARAA)

Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Alhamdullillah, we're all in good health and full of happiness this new year. ( I't was raining the whole day of that Thursday night - people said " hujan pada hari mlm jumaat adalah rahmat dan bermakna, semuga doa kita dikabulkan olehNya..) One of the auspicious day in Islam, Ashuraa (10 Muharram), will fall on Thursday, 9 February 2006. This is one of the very special days where Allah swt grant loads of blessings on His servants. Attached please find some write-ups on the greatness of Ashuraa for our reference and observance.

One of the ibadah strongly encouraged on Ashuraa is the fast. However, we're also encouraged to fast on the 9th of Muharram as per the hadith appended below:

     Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi        

The Jews fast on 10 Muharram in remembrance of Prophet Moses as. Rasulullah saw. encouraged us to fast on 9th & 10th Muharram so that we differ from the Jews' practice.


Let's try our best to fast and observe the ibadah we can get to do on Ashuraa in order for us to get the blessings as promised by Allah swt. Notwithstanding that, our ibadah should improve and continue to move on and not stop at 10 Muharram only. With the onset of the Hijrah New Year, we should see improvements in ourselves eg. in our ibadah, our lifestyle, our dressing, our education, etc following the Islamic path. We must start now before its too late becos time is not on our side. Tomorrow might never come. Look at those affected by tsunami, earthquakes, accidents, etc. We've been reading about these calamities quite regularly. Shouldn't this be a wake up call for us to pull our socks up?


Many Muslim scholars had indicated that the world is running its last lap with the signs Allah swt had shown us through the hadiths of Rasulullah saw. Despite these warnings, if we still continue with our relax and unbothered lifestyle which brings us further away from Allah swt, then we're asking for trouble. Let's improve our lifestyle to come closer to Allah swt. Adopt positive mindset, set goals for excellence and contribute to the community using the framework set by Islam, insyaAllah you will find peace in this world and the next.


May Allah swt bless us, our families, friends and all Muslims with the offerings of Ashuraa and may our iman, taqwa and ibadah improve with the passing of every single day. For our brothers and sisters in Palestine, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Iraq, Mindanao, Myanmar, Thailand, Indonesia, African continent and other places who are suffering from war, humiliation, starvation, natural calamities, etc, May Allah swt increase the blessings on them many folds as to what He grant us. Aameen.


Wassalam.

                     10019118_1